Selasa, 28 Oktober 2008

al atsar

Al Atsar

Al Atsar adalah
perkataan-perkataan
atau sikap dan
perbuatan para sahabat ridhwanullahu 'alaihim

Perkataan-perkataan itu didengar
atau sikap dan perbuatan mereka dilihat oleh Sahabat yang lain
atau tabiin

kemudian mereka sampaikan

Dengan kata yang lain
Al Atsar adalah jejak langkah
para Sahabat ridhwanullahu 'alaihim
di dalam kehidupan mereka

Ada orang lain yang mendengar dan melihat
kemudian mereka menceritakan kepada orang lain pula

Oleh kerana para Sahabat adalah murid Rasulullah SAW
maka mereka ini turut menjadi ikutan juga

Sahabatlah yang bergaul dengan Rasulullah,
sama-sama bersembahyang, berjuang,
sama-sama berjalan dengan beliau,
perilaku Rasul dilihat oleh mereka

Kerana itulah para-para Sahabat diterima keadilan mereka
Para ahli tafsir dalam mentafsir Quran,
selepas Al Quran dan Sunnah,
mereka juga menggunakan Al Atsar sebagai hujah mereka

Mereka adakalanya mentafsirkan Al Quran dan As Sunnah
dengan Al Atsar
Setelah di dalam Quran dan sunnah tidak dijumpai tafsirannya yg tersurat

Oleh Kerana mereka menjadi murid Rasulullah yang taat dan setia,
tabiut tabiin sangat percayakan mereka...

Ulamak-ulamak yang datang kemudian
berbaik sangka dengan mereka dan meniru mereka

Perkataan-perkataan dan jejak langkah mereka
menjadi ikutan umat Islam selepasnya

Mungkin Sahabat yang berkata itu mendapat ilham dari Allah
kemudian mereka menceritakan

Sahabat juga mendengar atau melihat tingkah laku Rasulullah
kemudian menceritakan mengikut bahasa mereka
Apa yang diucapkan oleh mereka tidak disandarkan kpd ucapan Rasulullah
Mereka menceritakan mengikut apa yang difahami mereka sahaja
Hasil pergaulan dengan Rasulullah....
Mereka tidak menyebut
"Nabi yang bersabda"
atau tidak menyebut sikap Nabi semasa itu..

Orang yang datang kemudian hanya berbaik sangka
lalu berkata:

"Tentulah mereka ambil dari Nabi juga."

Tidak ada komentar:

Posting Komentar